My Plogging adalah satu inisiatif khas untuk menggalakan rakyat Malaysia supaya mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjoging sambil mengutip sampah
Platform ini membolehkan mereka yang terlibat dalam aktiviti plogging untuk berkongsi gambar dan hasil maklumat aktiviti mereka
Kongsi SekarangAktiviti Plogging merupakan ‘fitness trend’ terbaru yang sedang rancak dijalankan di seluruh dunia. Perkataan “Plogging” berasal dari gabungan perkataan mengutip sampah di dalam Bahasa Swedish iaitu “Plocka upp ” dan juga “Jogging” yang bermaksud lari perlahan-lahan atau joging. Apabila kedua-dua ayat digabungkan menjadi “Plogging”, ianya membawa maksud mengutip sampah sambil berjoging. Plogging bermula di Negara Sweden dan diasaskan oleh Mr Erick Ahlstrom.
Aktiviti Plogging seterusnya telah menjadi satu “trend” dan berkembang ke negara-negara lain seperti Mexico, France, U.S., Thailand dan seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia!
MAKLUMAT LANJUTProgram ini bertujuan untuk menangani masalah sisa pepejal dengan sasaran penyertaan 5% daripada populasi dunia!
Anda bukan sahaja membersihkan negara kita, badan Anda juga akan jadi sihat dan kuat dengan melakukan Plogging!
Sebab Anda adalah contoh terbaik untuk rakyat Malaysia!
Sebab Anda dalam misi bersama kami menyedarkan rakyat Malaysia supaya tidak membuang sampah merata-rata
Bersama kita menjaga Kebersihan Negara
Jumlah kutipan sampah setakat 9/15/2023 di 0 lokasi:
rakam gambar ketika anda sedang plogging
semak semula jenis sampah yang telah anda kutip
Lengkapkan borang di bawah dengan maklumat berkaitan plogging